Monday, October 29, 2012

AKHIRNYA BB SUBANGKU MEMBUNUH JUGA

INILAH HASILNYA.
Pertama kalinya bb subang ku membunuh.Cukup gembira hati hari ni.saya training bb pakai jebak.sekarang ni tinggal nak ajar bb kedah pulak.

KOLEKSI BURUNG TERBARU

PUYUH HUTAN
burung ni dibeli dari otai burung di tempat saya,sekali dengan sangkar dan juga jebak.otai tu cakap saya bernasib baik dapat burung ni sebab lepas ni dia dah tak nak main burung ni lagi.jebak dan juga sangkar puyuh ni adalah hasil kerja tangan terakhir otai tersebut.(gambar jebak akan saya uploadkan nanti).


SERINDIT
burung ni adalah hadiah dari kawan saya.dia cakap burung ni burung bagus,kena jaga elok2 nanti bolehlah dibuat pikat.

Tuesday, October 9, 2012

TERKUKUR DAN MERBUK

BB TERKUKUR


BB KEDAH.Suara guk 1.hasil pemberian saudara.


BB SUBANG.Dibeli dari rakan dengan harga RM50.00.

BURUNG LADUNG


Dalam ni ada sekor burung sungai buloh hasil pemberian saudara,dan 2 ekor lagi dibeli di kedai burung.Dalam sangkar ni ada 1 betina dan 2 jantan.

BURUNG MERBUK



Burung Merbuk yang belah kiri ni burung Kedah,hadiah dari pak cik.Burung merbuk yang tengah dan terkukur yang tepi tu pulak adalah hasil pemberian saudara Sungai Buloh.

Sampai disini sajalah coretan saya untuk hari ini. 

Thursday, May 31, 2012

BURUNG KEDAH

Pada 21/4/2012 aku telah pulang ke kampung halamanku di KEDAH setelah hampir 13 tahun aku tidak pulang ke sana.Tujuan aku pulang ke sana adalah untuk mengenali kesemua ahli keluargaku kerana kali terakhir aku pulang adalah sewaktu berumur 5 tahun dan sekarang aku berusia 18 tahun jadi sudah agak lama aku tidak pulang ke sana.

Sewaktu di sana aku pergi ke rumah saudara maraku dan setiap rumah pasti akan mempunyai burung dari untuk pertandingan sehinggalah untuk menjadi pikat.Aku menjadi sangat teruja setiap kali pergi kerumah saudara-maraku kerana aku akan dapat melihat pelbagai jenis burung termasuklah burung wak-wak dan juga ayam sabung.

Sebelum pulang aku telah dihadiahkan beberapa ekor burung antaranya merbuk,terkukur dan juga murai cacing.Ada dua jenis lagi yang aku belum ambil iaitu merbah jambul dan juga murai batu.Dua ekor burung ni mungkin aku akan ambil sewaktu pulang beraya nanti.

Ini adalah antara gambar burung yang aku bawa balik dari sana.

Burung Murai ni adalah hasil pikat dan sewaktu aku membawanya pulang ia baru sahaja 3 hari ditangkap.Sampai di KL aku masukkan burung ni dalam sangkar dan keesokkan paginya sekumpulan burung murai mengerumu ni sangkar burung ni dan semenjak dari tu burung ni aku sumbat dalam jebak dan dah membunuh 10 ekor.
 Burung terkukur ni adalah hasil pikat.dah pernah tambat tapi dilepaskan balik ke dalam reban kerana belum masanya untuk dia menjadi.Jadi sebelum pulang atuk saudara ku memberikan aku burung ni .

Merbok ni aku ambik kat rumah pak anjang aku.waktu dekat sana burung ni dah ngatus dan galak.pantang dengar suara merbok liar pasti akan dijawab,tapi bila bawak balik sini dia jarang-jarang balas suara burung liar tapi derak banyak.aku nak latih burung ni jadi pikat bila dia dah meletop nanti.


Burung KEDAH ini sememangnya aku nantikan kerana aku ingin tahu apa yang membuatkan kaki burung menggilakan burung-burung dari negeri jelapang padi ini.Tak pe aku akan tunggu bila kesemua burung ini meletop nanti.

Wednesday, April 18, 2012

KEDAI BURUNG JALAN OTHMAN PETALING JAYA

Beberapa hari yang lepas,aku telah berkesempatan untuk pergi ke sebuah kedai burung di Jalan Othman.Aku suka pergi kedai burung ni sebab banyak pilihan dari burung sampai ke ikan.Yang paling aku suka ialah melihat jenis burung merpati yang dijualnya.

Antaranya:
 Pasangan yang ni dah pernah bertelur sekali dan anaknya pun telah dibeli.Sekarang bertelur lagi.


 Tengok modena ni betul-betul,sampai dah ada telur tapi tauke kedai tu tak letak sarang untuk diorang ni kesian plak saya tengok.
 Lahore yang dua pasang ini adalah anak muda.Induk dia punya gambar ada kat bawah.Rasanya induk dia nak bertelur lagi tu.

 Pasangan yang ni pulak tengah mengeram.
 Inilah induk lahore yang saya katakan tu.

Semua merpati di atas ni berharga RM200 sepasang termasuk induk yang dah pernah bertelur dan kalau pandai buat tawar-menawar bolehlah dapat RM150 sepasang.Merpati merak saya pun saya beli kat kedai ni RM 150 sepasang hasil dari tawar menawar.Kedai ni kira murah la dari tempat lain saya tengok lahore,modena dan juga fantail RM300 sepasang dan itupun anak muda.

Selain itu,kedai ni pun ada menjual burung lain seperti terkukur jawa,budgies,ayam,merbah jambul,murai kampung/murai cacing,terkukur dan juga merbuk hasil dari jualan pemikat.Bukan itu sahaja,kedai ini juga ada menjual pelbagai jenis ikan,makanan serta sangkar untuk haiwan peliharaan.Tidak lupa juga kepada kaki pancing kerana kedai ini juga ada menjual alatan memancing dari set yang ringan sehinggalah ke berat,maklumlah kedai ini memang besar jadi banyaklah benda dia  boleh jual.Jadi kalau sesiapa yang berminat bolehlah berkunjung ke kedai ini dan pandai-pandailah buat tawar menawar bolehlah dapat kurang sikit.


Monday, April 16, 2012

KOLEKSI MERPATI KU

Kali ini aku ingin berkongsi dengan pembaca blog ini,koleksi merpati ku.Jenis yang saya bela pun bukanlah mahal sangat,maklumlah bukannya ada modal pun nak beli.Jadi belalah apa yang bersesuaian dengan saya.

Ini reban merpati kampungku.Yang merah tu aku beli RM12 di kelana jaya.Manakala yang empat ekor lagi tu aku baru tangkap semalam,pakai yang merah tu.Aku masukkan dia dalam jebak terkukur tabur roti kat bumbung,berpuluh ekor merpati datang jadi dapat lah diaorang ni.Mungkin esok aku nak tangkap lagi dan jual di sebuah kedai burung di sini,sebab tauke tu dah banyak kali suruh aku bawak tapi tak ada masa nak tangkap.Jadi sekarang bolehlah tangkap dan jual sebab dah ada masa.

Yang ni pulak merpati putihku.RM 100 sepasang.Aku beli di sebuah kedai di Sungai Buloh.Burung ni dah pernah bertelur sekali kat rumah tapi tak jadi,mungkin telah dipijak oleh burung puyuh.Sebab masa aku beli burung ni.Reban tu belum siap lagi jadi aku pun campurkanlah diorang ni dengan burung puyuh.Esoknya aku bangun tengok dah ada telur,aku pun apa lagi keluarkan semua puyuh putih masuk dalam sangkar kecik lepas tu terus letak bakul dan kain.Telur tu pun aku letak sekali.Mula-mula tu takut diorang tak nak mengeramkan,akhirnya lepas aku pergi dari sangkar tu diorang pun masuk dalam sarang dan bertelur lagi sebijik.Tak pe aku akan tunggu dia bertelur sekali lagi.

Yang ni merpati merak dan kampungku.Selepas kematian merpati merak betinaku.Aku masukkkan merpati merak ni kedalam reban sebab kesian tengok dia sekor-sekor dalam sangkar.Lepas tu merpati kampung betina ni turun dan berbunyi dekat merpati jantan ni.Aku ingatkan nak bergaduh rupa-rupanya diorang ni nak mengawan.Aku kemas sangkar burung ni dan aku masukkan diorang.Sekarang dah ada telur,dua bijik.aku harap telur tu akan menetas.Nanti bolehlah aku update dalam blog ni.





Tuesday, April 10, 2012

AKHIRNYA MERPATI MERAK BETINAKU PERGI JUA

Tanggal 1 april 2012,merpati merakku yang sakit telah pergi meninggalkan ku.Bangkainya telah aku tanam di belakang rumahku.Ubat ayam yang aku beli untuknya di kedai haiwan Sungai Buloh tersebut sebenarnya adalah ubat Tetra Chlor.Menyesal pergi jauh sebab kat sini pun ada jual,nasib baik aku  nak beli dedak kalau tak buat rugi duit minyak je.

TINGGAL KENANGAN

Friday, March 30, 2012

JENIS PENYAKIT YANG MENYERANG MERPATI DAN CARA MENGUBATINYA.

Ini adalah sedikit sebanyak ilmu yang telah aku pelajari dan ingin dikongsi dengan pembaca blog dan ia juga sedikit sebanyak dari pengalaman aku dalam membela merpati ini.
  1. PENYAKIT CANKER/KANSER
       PUNCA
  • Air minuman yang kotor.
  • Kawasan sangkar yang kotor.
  • Makanan yang
  • diberikan tidak bersih
      CARA MERAWAT
  •     Asingkan burung yang sakit kerana ia tersebar melalui air minuman dan juga makanan yang dimuntahkan dan akan dimakan oleh burung yang lain.
  • Berikan air vitamin ayam yang berwarna merah sebagi alternatif yang paling mudah kerana agak mudah untuk mendapatkannya.
    CARA PENCEGAHAN
  • Berikan cuka apple kepada burung peliharaan seminggu sekali sebagai langkah yang terbaik untuk pencegahannya kerana tahap keasidan yang tinggi yang terdapat di dalam cuka apple tersebut mencegah burung kesayangngan dari diserang penyakit merbahaya ini.
  • Pastikan kawasan persekitaran sangkar sentiasa bersih serta selalulah menukarkan air minuman sekerap yang mungkin kerana air minuman yang kotor boleh mengundang penyakit merbahaya ini.
INILAH CUKA APPLE YANG SAYA GUNAKAN.


     

        2.  CIRIT/DIARRHEA
      
          PUNCA
  • Makanan yang rosak
  • Makanan yang rosak
  • Kawasan sangkar yang lembap
  • Air minuman yang kotor
         CARA MERAWAT
  • Bersihkan kawasan sangkar sekarap mungkin.

        CARA PENCEGAHAN
  • Jemur makanan yang ingin diberikan kepada burung supaya benar-benar kering
  • Berikan vitamin kepada burung (air vitamin ayam dan burung juga boleh digunakan).
  • Sentiasa memastiakn kawasan sangkar kering
  • Bersihkan bekas minuman sekerap mungkin
  • Jemur makanan yang ingin diberikan kepada burung supaya benar-benar kering
      3.SELSEMA
       
        PUNCA
  • Burung terdedah kepada hujan
  • Mandikan burung pada waktu sejuk/dingin.Contohnya waktu malam
       CARA MERAWAT
  • Elakkan burung dari terdedah kepada hujan dan elakkan dari memandikan/membersihkan burung pada waktu malam.
  • Berikan ubat burung jenama TETRA CHLOR dengan memecahkan kapsul dan letakkanya ke dalam bekas minuman burung ataupun gentel kapsul tersebut dengan air(tetapi jangan sampai kapsulnya pecah)dan supkan kepada burung.Setelah kapsul tersebut masuk urut leher burung yang sakit perlahan-lahan.
                         
    

TOLONG MERPATI MERAKKU SAKIT...........................

Aku hanya perasan yang merpati merak betinaku sakit sewaktu mahu memandikan kesemua burung merpatiku.Sambil aku memandikan merpati ini,aku memberikan juga makanan kepada.Kemudian aku berasa pelik melihat merpati merak betinaku tidak mahu makan,tidak seperti pasangannya yang terus menjamu makanan yang aku sediakan.Secara tiba-tiba terdetik dalam hati untuk  memeriksa burung tersebut.Aku terus membuka mulutnya dan melihat seperti ada sesuatu tekaknya.Aku bergegas masuk ke dalam dan membuka buku merpatiku.Kemudian barulah aku mengetahui bahawa merpatiku ini telah diserang penyakit canker.Terdetik di fikiran aku untuk menelefon sebuah kedai haiwan di sungai buloh.Pemilik kedai tersebut boleh dikira sebagai seorang pakar kerana tahu cara merawat penyakit yang menyerang tubuh haiwan peliharaan milik pelanggannya.Selain itu,beliau juga merupakan seorang pembiak merpati merak.Jadi memang dialah yang sesuai aku hubungi.Dia mencadangkan agar aku memberikan ubat vitamin ayam yang berwarna merah.Esok aku akan segera ke sana untuk membeli ubat tersebut,kerana aku tidak mahu kehilangan merpati merak kesayangnganku.


Inilah rupa merpati merak betinaku,aku harap dia akan sembuh dari penyakit setelah aku mendapatkan ubat tersebut.Dia juga baru saja lepas memnutahkan sejenis cecair dari mulutnya.aku berharap yang aku tidak terlambat. 

Wednesday, March 14, 2012

MERPATI MERAK

Pada 9/3/2012 aku telah berjaya membeli sepasang merpati merak(american fantail).Itu adalah hasil dari titik peluh aku sendiri hasil dari kerja sementara waktu.Jenis merpati ini telah lama aku idamkan dan akhirnya aku berjaya memilikinya sekarang.Maklumlah masa tu aku masih bersekolah lagi,manalah ada duit nak beli merpati jenis ni.Jenis kampung bolehlah,sebab harganya pun tak sampai RM10.00.


     
Inilah rupa merpati merak aku.Aku membeli merpati ini setelah disyorkan oleh tokey kedai diantara banyak-banyak merpati yang ada di kedainya termasuk lahore,modena dan juga dari jenis giant runt yang setiap satunya sedang mempunyai telur dan juga anak melainkan pasangan ini.Tokey tersebut menyarankan merpati ini kerana  ia adalah yang tercantik antara semua merpati serta pandai menjaga anak,ia juga turut disokong oleh pelanggan yang lain yang sedang memilih burung untuk dibeli.Aku bercadang ingin menambah koleksi merpati aku pada masa akan datang termasuk merpati kampung kerana merpati yang sebelum ini telah dijual kepada kawan baik aku kerana terlalu kagum dengan merpati aku yang boleh dilepaskan di kawasan rumah.