Sunday, March 17, 2013

Sehari Di Hulu Langat

Asalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca blog saya.Pada hari sabtu yang lepas saya telah berkunjung ke rumah kawan saya bersama seorang lagi kawan saya.Kami pergi ke sana kerana kawan nak beli ayam hutan untuk dijadikan pikat.Di bawah ini ada beberapa video yang saya dapat ambil:

ini adalah video reban anak.dalam ni ada ayam hutan n anak ayam kampung yang masih kecil.

ini pulak video reban sebelah.dan kat sini sebenarnya reban ayam yang baru nak nik dan masih muda lagi.

ini pulak reban ayam yang akan dilatih untuk di jadikan pemikat.

ini antara ayam yang terbaik untuk dijadikan pemikat kata abg li.

ini pon antara pilihan abg li untuk di jadikan pemikat.

antara gambar yang saya sempat ambill pulak kat sana:

ayam ni yang menjadi pilihan hati abg atan untuk dijadikan pemikat.

induk betina tengah mengeram.

guntur pemikat terbaik abg pian.dan bunuh berpuluh dan sekarang ini ada 2 ekor anak yang masih kecil.

Wednesday, February 13, 2013

Merpati Telah Tiada Di Rumahku

Asalamualaikum semua pelawat blog saya.Baru2 ini saya ada mendapat beberapa sms dan panggilan telepon dari pembaca blog saya ini yang ingin membeli merpati.Saya mintak maaf sangat2 kerana semua merpati saya telah tiada.Ada yang mati kerana sakit dan ade yang dijual.atas sebab2 tertentu.Jadi saya ingin memohon maaf sangat2 kepada sesiapa yang telah meng sms dan menelefon saya untuk membeli merpati.

Monday, October 29, 2012

AKHIRNYA BB SUBANGKU MEMBUNUH JUGA

INILAH HASILNYA.
Pertama kalinya bb subang ku membunuh.Cukup gembira hati hari ni.saya training bb pakai jebak.sekarang ni tinggal nak ajar bb kedah pulak.

KOLEKSI BURUNG TERBARU

PUYUH HUTAN
burung ni dibeli dari otai burung di tempat saya,sekali dengan sangkar dan juga jebak.otai tu cakap saya bernasib baik dapat burung ni sebab lepas ni dia dah tak nak main burung ni lagi.jebak dan juga sangkar puyuh ni adalah hasil kerja tangan terakhir otai tersebut.(gambar jebak akan saya uploadkan nanti).


SERINDIT
burung ni adalah hadiah dari kawan saya.dia cakap burung ni burung bagus,kena jaga elok2 nanti bolehlah dibuat pikat.

Tuesday, October 9, 2012

TERKUKUR DAN MERBUK

BB TERKUKUR


BB KEDAH.Suara guk 1.hasil pemberian saudara.


BB SUBANG.Dibeli dari rakan dengan harga RM50.00.

BURUNG LADUNG


Dalam ni ada sekor burung sungai buloh hasil pemberian saudara,dan 2 ekor lagi dibeli di kedai burung.Dalam sangkar ni ada 1 betina dan 2 jantan.

BURUNG MERBUK



Burung Merbuk yang belah kiri ni burung Kedah,hadiah dari pak cik.Burung merbuk yang tengah dan terkukur yang tepi tu pulak adalah hasil pemberian saudara Sungai Buloh.

Sampai disini sajalah coretan saya untuk hari ini. 

Thursday, May 31, 2012

BURUNG KEDAH

Pada 21/4/2012 aku telah pulang ke kampung halamanku di KEDAH setelah hampir 13 tahun aku tidak pulang ke sana.Tujuan aku pulang ke sana adalah untuk mengenali kesemua ahli keluargaku kerana kali terakhir aku pulang adalah sewaktu berumur 5 tahun dan sekarang aku berusia 18 tahun jadi sudah agak lama aku tidak pulang ke sana.

Sewaktu di sana aku pergi ke rumah saudara maraku dan setiap rumah pasti akan mempunyai burung dari untuk pertandingan sehinggalah untuk menjadi pikat.Aku menjadi sangat teruja setiap kali pergi kerumah saudara-maraku kerana aku akan dapat melihat pelbagai jenis burung termasuklah burung wak-wak dan juga ayam sabung.

Sebelum pulang aku telah dihadiahkan beberapa ekor burung antaranya merbuk,terkukur dan juga murai cacing.Ada dua jenis lagi yang aku belum ambil iaitu merbah jambul dan juga murai batu.Dua ekor burung ni mungkin aku akan ambil sewaktu pulang beraya nanti.

Ini adalah antara gambar burung yang aku bawa balik dari sana.

Burung Murai ni adalah hasil pikat dan sewaktu aku membawanya pulang ia baru sahaja 3 hari ditangkap.Sampai di KL aku masukkan burung ni dalam sangkar dan keesokkan paginya sekumpulan burung murai mengerumu ni sangkar burung ni dan semenjak dari tu burung ni aku sumbat dalam jebak dan dah membunuh 10 ekor.
 Burung terkukur ni adalah hasil pikat.dah pernah tambat tapi dilepaskan balik ke dalam reban kerana belum masanya untuk dia menjadi.Jadi sebelum pulang atuk saudara ku memberikan aku burung ni .

Merbok ni aku ambik kat rumah pak anjang aku.waktu dekat sana burung ni dah ngatus dan galak.pantang dengar suara merbok liar pasti akan dijawab,tapi bila bawak balik sini dia jarang-jarang balas suara burung liar tapi derak banyak.aku nak latih burung ni jadi pikat bila dia dah meletop nanti.


Burung KEDAH ini sememangnya aku nantikan kerana aku ingin tahu apa yang membuatkan kaki burung menggilakan burung-burung dari negeri jelapang padi ini.Tak pe aku akan tunggu bila kesemua burung ini meletop nanti.

Wednesday, April 18, 2012

KEDAI BURUNG JALAN OTHMAN PETALING JAYA

Beberapa hari yang lepas,aku telah berkesempatan untuk pergi ke sebuah kedai burung di Jalan Othman.Aku suka pergi kedai burung ni sebab banyak pilihan dari burung sampai ke ikan.Yang paling aku suka ialah melihat jenis burung merpati yang dijualnya.

Antaranya:
 Pasangan yang ni dah pernah bertelur sekali dan anaknya pun telah dibeli.Sekarang bertelur lagi.


 Tengok modena ni betul-betul,sampai dah ada telur tapi tauke kedai tu tak letak sarang untuk diorang ni kesian plak saya tengok.
 Lahore yang dua pasang ini adalah anak muda.Induk dia punya gambar ada kat bawah.Rasanya induk dia nak bertelur lagi tu.

 Pasangan yang ni pulak tengah mengeram.
 Inilah induk lahore yang saya katakan tu.

Semua merpati di atas ni berharga RM200 sepasang termasuk induk yang dah pernah bertelur dan kalau pandai buat tawar-menawar bolehlah dapat RM150 sepasang.Merpati merak saya pun saya beli kat kedai ni RM 150 sepasang hasil dari tawar menawar.Kedai ni kira murah la dari tempat lain saya tengok lahore,modena dan juga fantail RM300 sepasang dan itupun anak muda.

Selain itu,kedai ni pun ada menjual burung lain seperti terkukur jawa,budgies,ayam,merbah jambul,murai kampung/murai cacing,terkukur dan juga merbuk hasil dari jualan pemikat.Bukan itu sahaja,kedai ini juga ada menjual pelbagai jenis ikan,makanan serta sangkar untuk haiwan peliharaan.Tidak lupa juga kepada kaki pancing kerana kedai ini juga ada menjual alatan memancing dari set yang ringan sehinggalah ke berat,maklumlah kedai ini memang besar jadi banyaklah benda dia  boleh jual.Jadi kalau sesiapa yang berminat bolehlah berkunjung ke kedai ini dan pandai-pandailah buat tawar menawar bolehlah dapat kurang sikit.