Friday, March 30, 2012

JENIS PENYAKIT YANG MENYERANG MERPATI DAN CARA MENGUBATINYA.

Ini adalah sedikit sebanyak ilmu yang telah aku pelajari dan ingin dikongsi dengan pembaca blog dan ia juga sedikit sebanyak dari pengalaman aku dalam membela merpati ini.
  1. PENYAKIT CANKER/KANSER
       PUNCA
  • Air minuman yang kotor.
  • Kawasan sangkar yang kotor.
  • Makanan yang
  • diberikan tidak bersih
      CARA MERAWAT
  •     Asingkan burung yang sakit kerana ia tersebar melalui air minuman dan juga makanan yang dimuntahkan dan akan dimakan oleh burung yang lain.
  • Berikan air vitamin ayam yang berwarna merah sebagi alternatif yang paling mudah kerana agak mudah untuk mendapatkannya.
    CARA PENCEGAHAN
  • Berikan cuka apple kepada burung peliharaan seminggu sekali sebagai langkah yang terbaik untuk pencegahannya kerana tahap keasidan yang tinggi yang terdapat di dalam cuka apple tersebut mencegah burung kesayangngan dari diserang penyakit merbahaya ini.
  • Pastikan kawasan persekitaran sangkar sentiasa bersih serta selalulah menukarkan air minuman sekerap yang mungkin kerana air minuman yang kotor boleh mengundang penyakit merbahaya ini.
INILAH CUKA APPLE YANG SAYA GUNAKAN.


     

        2.  CIRIT/DIARRHEA
      
          PUNCA
  • Makanan yang rosak
  • Makanan yang rosak
  • Kawasan sangkar yang lembap
  • Air minuman yang kotor
         CARA MERAWAT
  • Bersihkan kawasan sangkar sekarap mungkin.

        CARA PENCEGAHAN
  • Jemur makanan yang ingin diberikan kepada burung supaya benar-benar kering
  • Berikan vitamin kepada burung (air vitamin ayam dan burung juga boleh digunakan).
  • Sentiasa memastiakn kawasan sangkar kering
  • Bersihkan bekas minuman sekerap mungkin
  • Jemur makanan yang ingin diberikan kepada burung supaya benar-benar kering
      3.SELSEMA
       
        PUNCA
  • Burung terdedah kepada hujan
  • Mandikan burung pada waktu sejuk/dingin.Contohnya waktu malam
       CARA MERAWAT
  • Elakkan burung dari terdedah kepada hujan dan elakkan dari memandikan/membersihkan burung pada waktu malam.
  • Berikan ubat burung jenama TETRA CHLOR dengan memecahkan kapsul dan letakkanya ke dalam bekas minuman burung ataupun gentel kapsul tersebut dengan air(tetapi jangan sampai kapsulnya pecah)dan supkan kepada burung.Setelah kapsul tersebut masuk urut leher burung yang sakit perlahan-lahan.
                         
    

TOLONG MERPATI MERAKKU SAKIT...........................

Aku hanya perasan yang merpati merak betinaku sakit sewaktu mahu memandikan kesemua burung merpatiku.Sambil aku memandikan merpati ini,aku memberikan juga makanan kepada.Kemudian aku berasa pelik melihat merpati merak betinaku tidak mahu makan,tidak seperti pasangannya yang terus menjamu makanan yang aku sediakan.Secara tiba-tiba terdetik dalam hati untuk  memeriksa burung tersebut.Aku terus membuka mulutnya dan melihat seperti ada sesuatu tekaknya.Aku bergegas masuk ke dalam dan membuka buku merpatiku.Kemudian barulah aku mengetahui bahawa merpatiku ini telah diserang penyakit canker.Terdetik di fikiran aku untuk menelefon sebuah kedai haiwan di sungai buloh.Pemilik kedai tersebut boleh dikira sebagai seorang pakar kerana tahu cara merawat penyakit yang menyerang tubuh haiwan peliharaan milik pelanggannya.Selain itu,beliau juga merupakan seorang pembiak merpati merak.Jadi memang dialah yang sesuai aku hubungi.Dia mencadangkan agar aku memberikan ubat vitamin ayam yang berwarna merah.Esok aku akan segera ke sana untuk membeli ubat tersebut,kerana aku tidak mahu kehilangan merpati merak kesayangnganku.


Inilah rupa merpati merak betinaku,aku harap dia akan sembuh dari penyakit setelah aku mendapatkan ubat tersebut.Dia juga baru saja lepas memnutahkan sejenis cecair dari mulutnya.aku berharap yang aku tidak terlambat. 

Wednesday, March 14, 2012

MERPATI MERAK

Pada 9/3/2012 aku telah berjaya membeli sepasang merpati merak(american fantail).Itu adalah hasil dari titik peluh aku sendiri hasil dari kerja sementara waktu.Jenis merpati ini telah lama aku idamkan dan akhirnya aku berjaya memilikinya sekarang.Maklumlah masa tu aku masih bersekolah lagi,manalah ada duit nak beli merpati jenis ni.Jenis kampung bolehlah,sebab harganya pun tak sampai RM10.00.


     
Inilah rupa merpati merak aku.Aku membeli merpati ini setelah disyorkan oleh tokey kedai diantara banyak-banyak merpati yang ada di kedainya termasuk lahore,modena dan juga dari jenis giant runt yang setiap satunya sedang mempunyai telur dan juga anak melainkan pasangan ini.Tokey tersebut menyarankan merpati ini kerana  ia adalah yang tercantik antara semua merpati serta pandai menjaga anak,ia juga turut disokong oleh pelanggan yang lain yang sedang memilih burung untuk dibeli.Aku bercadang ingin menambah koleksi merpati aku pada masa akan datang termasuk merpati kampung kerana merpati yang sebelum ini telah dijual kepada kawan baik aku kerana terlalu kagum dengan merpati aku yang boleh dilepaskan di kawasan rumah.