Wednesday, April 18, 2012

KEDAI BURUNG JALAN OTHMAN PETALING JAYA

Beberapa hari yang lepas,aku telah berkesempatan untuk pergi ke sebuah kedai burung di Jalan Othman.Aku suka pergi kedai burung ni sebab banyak pilihan dari burung sampai ke ikan.Yang paling aku suka ialah melihat jenis burung merpati yang dijualnya.

Antaranya:
 Pasangan yang ni dah pernah bertelur sekali dan anaknya pun telah dibeli.Sekarang bertelur lagi.


 Tengok modena ni betul-betul,sampai dah ada telur tapi tauke kedai tu tak letak sarang untuk diorang ni kesian plak saya tengok.
 Lahore yang dua pasang ini adalah anak muda.Induk dia punya gambar ada kat bawah.Rasanya induk dia nak bertelur lagi tu.

 Pasangan yang ni pulak tengah mengeram.
 Inilah induk lahore yang saya katakan tu.

Semua merpati di atas ni berharga RM200 sepasang termasuk induk yang dah pernah bertelur dan kalau pandai buat tawar-menawar bolehlah dapat RM150 sepasang.Merpati merak saya pun saya beli kat kedai ni RM 150 sepasang hasil dari tawar menawar.Kedai ni kira murah la dari tempat lain saya tengok lahore,modena dan juga fantail RM300 sepasang dan itupun anak muda.

Selain itu,kedai ni pun ada menjual burung lain seperti terkukur jawa,budgies,ayam,merbah jambul,murai kampung/murai cacing,terkukur dan juga merbuk hasil dari jualan pemikat.Bukan itu sahaja,kedai ini juga ada menjual pelbagai jenis ikan,makanan serta sangkar untuk haiwan peliharaan.Tidak lupa juga kepada kaki pancing kerana kedai ini juga ada menjual alatan memancing dari set yang ringan sehinggalah ke berat,maklumlah kedai ini memang besar jadi banyaklah benda dia  boleh jual.Jadi kalau sesiapa yang berminat bolehlah berkunjung ke kedai ini dan pandai-pandailah buat tawar menawar bolehlah dapat kurang sikit.


Monday, April 16, 2012

KOLEKSI MERPATI KU

Kali ini aku ingin berkongsi dengan pembaca blog ini,koleksi merpati ku.Jenis yang saya bela pun bukanlah mahal sangat,maklumlah bukannya ada modal pun nak beli.Jadi belalah apa yang bersesuaian dengan saya.

Ini reban merpati kampungku.Yang merah tu aku beli RM12 di kelana jaya.Manakala yang empat ekor lagi tu aku baru tangkap semalam,pakai yang merah tu.Aku masukkan dia dalam jebak terkukur tabur roti kat bumbung,berpuluh ekor merpati datang jadi dapat lah diaorang ni.Mungkin esok aku nak tangkap lagi dan jual di sebuah kedai burung di sini,sebab tauke tu dah banyak kali suruh aku bawak tapi tak ada masa nak tangkap.Jadi sekarang bolehlah tangkap dan jual sebab dah ada masa.

Yang ni pulak merpati putihku.RM 100 sepasang.Aku beli di sebuah kedai di Sungai Buloh.Burung ni dah pernah bertelur sekali kat rumah tapi tak jadi,mungkin telah dipijak oleh burung puyuh.Sebab masa aku beli burung ni.Reban tu belum siap lagi jadi aku pun campurkanlah diorang ni dengan burung puyuh.Esoknya aku bangun tengok dah ada telur,aku pun apa lagi keluarkan semua puyuh putih masuk dalam sangkar kecik lepas tu terus letak bakul dan kain.Telur tu pun aku letak sekali.Mula-mula tu takut diorang tak nak mengeramkan,akhirnya lepas aku pergi dari sangkar tu diorang pun masuk dalam sarang dan bertelur lagi sebijik.Tak pe aku akan tunggu dia bertelur sekali lagi.

Yang ni merpati merak dan kampungku.Selepas kematian merpati merak betinaku.Aku masukkkan merpati merak ni kedalam reban sebab kesian tengok dia sekor-sekor dalam sangkar.Lepas tu merpati kampung betina ni turun dan berbunyi dekat merpati jantan ni.Aku ingatkan nak bergaduh rupa-rupanya diorang ni nak mengawan.Aku kemas sangkar burung ni dan aku masukkan diorang.Sekarang dah ada telur,dua bijik.aku harap telur tu akan menetas.Nanti bolehlah aku update dalam blog ni.





Tuesday, April 10, 2012

AKHIRNYA MERPATI MERAK BETINAKU PERGI JUA

Tanggal 1 april 2012,merpati merakku yang sakit telah pergi meninggalkan ku.Bangkainya telah aku tanam di belakang rumahku.Ubat ayam yang aku beli untuknya di kedai haiwan Sungai Buloh tersebut sebenarnya adalah ubat Tetra Chlor.Menyesal pergi jauh sebab kat sini pun ada jual,nasib baik aku  nak beli dedak kalau tak buat rugi duit minyak je.

TINGGAL KENANGAN