Aku hanya perasan yang merpati merak betinaku sakit sewaktu mahu memandikan kesemua burung merpatiku.Sambil aku memandikan merpati ini,aku memberikan juga makanan kepada.Kemudian aku berasa pelik melihat merpati merak betinaku tidak mahu makan,tidak seperti pasangannya yang terus menjamu makanan yang aku sediakan.Secara tiba-tiba terdetik dalam hati untuk memeriksa burung tersebut.Aku terus membuka mulutnya dan melihat seperti ada sesuatu tekaknya.Aku bergegas masuk ke dalam dan membuka buku merpatiku.Kemudian barulah aku mengetahui bahawa merpatiku ini telah diserang penyakit canker.Terdetik di fikiran aku untuk menelefon sebuah kedai haiwan di sungai buloh.Pemilik kedai tersebut boleh dikira sebagai seorang pakar kerana tahu cara merawat penyakit yang menyerang tubuh haiwan peliharaan milik pelanggannya.Selain itu,beliau juga merupakan seorang pembiak merpati merak.Jadi memang dialah yang sesuai aku hubungi.Dia mencadangkan agar aku memberikan ubat vitamin ayam yang berwarna merah.Esok aku akan segera ke sana untuk membeli ubat tersebut,kerana aku tidak mahu kehilangan merpati merak kesayangnganku.
Inilah rupa merpati merak betinaku,aku harap dia akan sembuh dari penyakit setelah aku mendapatkan ubat tersebut.Dia juga baru saja lepas memnutahkan sejenis cecair dari mulutnya.aku berharap yang aku tidak terlambat.
No comments:
Post a Comment